Instaforex
Instaforex

UJ Update

Ok ini adalah analisa saya mengenai UJ..pair nih pun ramai juga student saya yg minat. Biasalah sebelum kita mengambil apa-apa post , kita selalu dengar istilah "plan your trade and trade your plan"maksudnya di sini jangan terlalu gatal menekan mouse anda sebelum merancang/planning trade kita terlebih dahulu. Ketahui direction, halatuju trend, ketahui support dan resistance dan sbgnya kerana semuanya ini walaupun memenatkan tetapi akan dapat menyelamatkan pip/duit anda dari ditelan/dimakan oleh broker.Yg sememangnya dibulan puasa ini tidak akan pernah puasa menelan duit anda..!!!

ok mari kita lihat tf4H.......!!


cuba lihat dibottom chart tf4H ini.Saya melihat dengan jelas bahawa price berjaya menembusi trendline (merah)tsb tetapi tidak satu kali pun price ini closed di bawah trendline merah tsb.Kita lihat price bounce ke atas balik dan closed di atas trendline mereh tsb.Ini bermaksud price gagal untuk meneruskan trend bearish.Sekiranya price berjaya closed dibawah trendline(merah) tsb kita akan dapat melihat price ini akan masuk ke area 106/105 dan 104. tetapi Trendline merah tsb bertindak sebagai good support di situ.Cuba lihat di sebelah kiri chart ini gagal menembusi/memecahkan TL ini price naik ratus pip dari area/level ini. jadi saya melihat price bounce balik ke atas dan menukar trend dari bearish ke bullish. saya melihat dari chart tf4H ini price memasuki area/level bullish dan bergerak mengikut garisan Trendline.Price closed pada 107.88(high) dan pagi semalam(sabtu) saya melihat price turun ke area 107.20.....bila saya perhatikan area 107.88 itu adalah area strong resistant.kalau tidak percaya cuba lihat di kiri anda garisan kuning tsb..gagal break area ini price terus menjunam 139 pip ke (106.46) dan break di trendline(merah) di bawah.. As long price masih berada di atas line kuning(putus-putus) tsb saya melihat possibility price ini test ke area 108.40/60. Sekiranya price sampai ke level ini saya akan sangat hati-hati, kerana berdasarkan history area itu juga terdapat strong resistance(trendline merah putus-putus). Kalau tidak percaya cuba lihat tempat sama trendline tsb disebelah kiri chart. 2 kali price bounce terus ke bawah..(150 pip lebih) lihat arrow kuning tsb. Saya percaya price juga akan bounce/retrace dari sini ke level kuning tsb..tetapi sekiranya price berjaya menembusi area ini dan closed di atas saya juga percaya tiada lagi yg boleh menghalang price ini dari pada memasuki level 109.
cuba lihat tf daily..


Jelas kita lihat price ini heading ke trendline putih tsb(upper TL), begitu juga pada RSI.Break level /area ini price ini akan masuk level 108/109. Gagal menembusi atau break level ini price akan test balik trendline di bawah tersebut....its mean maybe test low balik. kerana saya melihat fungsi support dan resistance sangat memainkan peranan yang besar.!!As long price masih berada di atas line kuning tsb selagi itu lah bull masih take control.. semoga dapat sedikit membantu anda melihat apa yang saya lihat dari kacamata saya.Dan analisa ini adalah base dari segi teknikal dan tanpa di pengaruhi unsur-unsyr Fundamental...!!just what i do ialah trade what im seen itu saja..!!

wish u happy trading and good luck..
dari meja willcare.
Instaforex

Willcare Forex

FOREX ANALYSIS, FORECAST & SIGNAL