Instaforex
Instaforex

Fundamental News hari ini

Jangan lupa pada faktor ini boleh mengubah trend dan direction.Patutlah ...nilai dallar/pair USD menguat hari ini..GU down, EU down, UJ up..(GJ ikut UJ..hehe)

Jangan lupa faktor Fundamental ini boleh menidakkan teknikal analisis. Apa2 pun kita ikut trend saja. And Follow Trend..!!

Lembaga Simpanan Federal AS suntik AS$180 bilion dalam pasaran kewangan sejagat
LEMBAGA Simpanan Federal Amerika telah menyuntik dana sebanyak AS$180 bilion ($257 bilion) dalam pasaran kewangan sejagat dalam usaha meredakan krisis kewangan terburuk sejak sedekad lalu.
Bank-bank pusat utama di dunia turut bekerjasama menyalurkan dana demi memulihkan sedikit keyakinan dalam pasaran saham sejagat termasuk Asia yang harganya menjunam teruk pada awal dagangan semalam.
Krisis kewangan itu mengancam satu lagi bank Amerika, Morgan Stanley dan memaksa sebuah syarikat pinjaman perumahan terbesar Britain, Halifax Bank of Scotland, untuk diambil-alih oleh bank runcit, Lloyds TSB.
Dalam dagangan dramatik semalam, Indeks Straits Times (STI) di Singapura menjunam sehingga 4.5 peratus sehingga mencecah 2,300 mata. Tetapi, STI pulih dan ditutup hanya 0.003 peratus lebih rendah atau 0.08 mata mencapai 2,419.21 mata di akhir dagangan.
Di Hongkong, Indeks Hang Seng di Hongkong juga susut sehingga 7.7 peratus sebelum ditutup 0.03 peratus lebih rendah. Indeks Nikkei di Jepun juga 2.2 peratus untuk mencapai paras terendah sejak tiga tahun.
Pasaran saham Asia mengikuti jejak Indeks Dow Jones di Amerika yang menjunam 4.06 peratus ekoran kebimbangan lebih banyak lagi institusi kewangan Amerika menghadapi nasib sama seperti syarikat insurans terbesar Amerika, American International Group (AIG), yang diselamatkan Lembaga Simpanan Federal dan Lehman Brothers yang jatuh bankrap.
Morgan Stanley dikatakan sedang dalam perbincangan cemas untuk bergabung dengan bank komersial Amerika, Wachovia, dan bank China, Citic, selepas harga saham Morgan menjunam sebanyak 24 peratus semalam.
Krisis itu mendorong bank-bank pusat termasuk Bank England (BOE), Bank Pusat Eropah dan Bank Jepun (BOJ) bekerjasama untuk menyediakan 'pembiayaan jangka pendek dan sederhana dalam pasaran bagi meningkatkan mudah tunai dalam pasaran kewangan sejagat'.
'Ketegangan dalam pasaran kewangan sejagat telah meningkat dengan banyak. Bank-bank pusat bersetuju tindakan segera berkumpulan ini amat perlu,'kata Gabenor Bank Jepun, Encik Masaaki Shirakawa.
Instaforex

Willcare Forex

FOREX ANALYSIS, FORECAST & SIGNAL