Instaforex
Instaforex

Fundamental News

Fundamental News yang perlu anda Baca.

Fed luluskan permohonan Goldman Sachs dan Morgan Stanley.

DUA bank pelaburan bebas yang terakhir di Wall Street, Goldman Sachs Group Inc dan Morgan Stanley, telah dibenarkan oleh Lembaga Simpanan Federal (Fed) untuk menjadi syarikat induk bank bagi memudahkan mereka mendapat pinjaman bagi mengharungi krisis kewangan.

Pengumuman itu dibuat kelmarin terhadap dua bank pelaburan Wall Street itu yang kini akan dikawal penguasa bank.

Dalam satu kenyataan, Fed berkata lembaga pengarahnya telah bersetuju meluluskan permohonan Goldman Sachs dan Morgan Stanley untuk menjadi syarikat-syarikat induk bank bagi membolehkan mereka mendapat kredit 'daripada semua jenis cagaran' yang boleh diperolehi bank komersial terhadap pinjaman bank pusat.

Fed juga membuat susunan serupa kepada anak syarikat broker-dealer Merrill Lynch yang dibeli oleh Bank of America dan Lehman Brothers yang jatuh bankrap.

Pengumuman itu merombak susunan dalam industri perbankan yang telah dipecahkan kepada bank komersial dan pelaburan bagi memulihkan keyakinan semasa The Great Depression pada 1930-an.

Goldman dan Morgan Stanley merupakan dua bank Wall Street bebas yang terakhir tetapi menghadapi tekanan untuk bergabung dalam krisis kewangan itu.

Pentadbiran Amerika telah mengeluarkan pakej keselamatan bernilai AS$700 bilion ($1 trilion) bagi menyelamatkan sistem perbankan daripada pinjaman subprima yang telah menghancurkan banyak institusi kewangan seperti American International Group (AIG), Lehman Brothers dan Fannie dan Freddie Mac.

Kebanyakan masalah akibat pinjaman subprima berlaku dalam apa yang disifatkan para pengamat sebagai 'sistem perbankan bayangan' yang tidak dikawal.

Dalam kenyataannya, Goldman Sachs berkata ia akan menjadi syarikat induk bank keempat terbesar di Amerika yang akan dikawal Fed.

'Undang-undang Fed adalah wajar bagi memenuhi hak bagi melindungi dan mengembangkan francais kami bagi semua tebaran perniagaan,' menurut bank itu.

Goldman Sachs mempunyai institusi yang mengambil simpanan - Goldman Sachs Bank USA dan Goldman Sachs Bank Europe PLC - yang mempunyai simpanan sebanyak AS$20 bilion.

Morgan Stanley, yang mempunyai simpanan bank sebanyak AS$36 bilion, berkata status terbaru daripada Fed itu akan menyediakan firma itu kelonggaran dan kestabilan maksimum bagi menawarkan peluang perniagaan baru sedang pasaran kewangan telah melalui perubahan yang pesat.

willcareforex-Senangnyaforex.com

Instaforex

Willcare Forex

FOREX ANALYSIS, FORECAST & SIGNAL