Instaforex
Instaforex

Fundamental News

Fortis dan Bradford & Bingley Plc jadi mangsa terbaru dan dijangka jejas sistem kewangan Eropah

'WABAK' krisis kewangan Amerika mula menular ke Eropah apabila dua bank Eropah, Fortis dan Bradford & Bingley Plc, menjadi 'mangsa' terbaru dalam krisis itu.

Pemerintah Belgium, Belanda dan Luxembourg bersetuju menyuntik 11.2 bilion euro dalam Fortis, yang merupakan bank Belgium-Belanda, dengan setiap pemerintah mengambil taruhan 49 peratus dalam bank tersebut di negara masingmasing.

Bradford & Bingley Plc, yang merupakan peminjam bagi syarikat pemilik tanah terbesar di Britain, pula dirampas oleh pemerintah selepas krisis kredit menjejasnya apabila pelanggan mereka tidak berupaya membayar pinjaman perumahan.

Bank terbesar Sepanyol, Banco Santander SA, akan membayar £612 juta bagi 197 cawangan Bradford & Bingley dan simpanan pelanggan sebanyak £pounds;20 bilion.

Dalam perkembangan terbaru yang dijangka menjejas sistem kewangan Eropah, pemerintah Belgium akan menyalurkan 4.7 bilion euro, Belanda 4 bilion euro dan Luxembourg sebanyak 2.5 bilion euro.

Sumber-sumber menyatakan ketiga-tiga negara itu memilih untuk membeli sebahagian daripada bank tersebut selepas keyakinan para pelabur terjejas dan dua syarikat yang berminat membeli bank tersebut menawarkan harga pembelian yang amat rendah.

Sumber-sumber itu menambah bank Perancis, BNP Paribas, menawarkan hanya 1.60 euro setiap saham berbanding harga tutup Fortis sebanyak 5.20 euro dan meminta pemerintah menjamin bank itu bagi kerugian yang dihadapi pada masa hadapan.

Sebuah institusi Belanda, ING Group, pula menawarkan 1.50 euro.

'Jika kami tidak campur tangan, persoalannya ialah sama ada Fortis boleh bertahan hari ini,' kata Menteri Kewangan Belanda, Encik Wouter Bos.

Fortis yang mempunyai 85,000 kakitangan di dunia dan merupakan majikan sektor swasta terbesar di Belgium.

Masalah di Fortis, yang harga sahamnya menjunam sebanyak 33 peratus minggu lalu kerana kebimbangan pelabur terhadap keadaan mudah cair bank, berputik selepas ia membeli ABN dengan nilai 70 bilion euro bersama Royal Bank of Scotland dan Santander dari Sepanyol.

Fortis akan juga menjual sebahagian daripada bank Belanda, ABN Amro, yang dibeli tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bradford & Bingley, Encik Richard Pym, tidak mendapat pembiayaan bagi pinjaman itu sehingga terpaksa bergantung pada pasaran modal yang 'beku'.

Pada 27 September, Penguasa Khidmat Kewangan Britain berkata Bradford & Bingley tidak lagi dapat 'memenuhi syarat sebagai penyimpan deposit'.

Instaforex

Willcare Forex

FOREX ANALYSIS, FORECAST & SIGNAL