Instaforex
Instaforex

Fundamental News

Mulakan hari anda dengan info FA..faktor dari kesan FA ini mempengaruhi perjalanan/pergerakkan bagi pair yang mempunyai perkaitan dengan USD..jadi fakta dan info tentang keadaan semasa ini boleh anda baca di bawah ini...!

Minta sokongan awam bagi pelan AS$700 billion selamatkan sektor kewangan Amerika

PRESIDEN Amerika, George W. Bush, memberi amaran bahawa ekonomi Amerika Syarikat berada dalam bahaya.

'Tanpa tindakan pantas oleh kongres, Amerika akan terjerumus dalam satu keadaan kewangan yang panik,' kata beliau dalam 'perbincangan krisis' dengan dua calon presiden baru Amerika, McCain dan Barack Obama, serta pemimpin kongres semalam.

Dalam ucapan 13 minit itu, beliau meminta sokongan awam bagi pelan bernilai AS$700 bilion yang perlu bagi menyelamatkan sektor kewangan Amerika.

'Pada akhirnya, negara kita boleh menghadapi kemelesetan yang berpanjangan dan amat perit,' tambahnya.

Presiden Bush berkata jika mereka tidak bertindak, lebih banyak bank akan musnah, menjejaskan dana persaraan warga Amerika dan menyebabkan berjuta-juta orang akan kehilangan pekerjaan.

'Kita tidak boleh menyebabkan ini berlaku,' kata beliau.

Menurut Bush, 'semangat kerja sama' telah mendorongnya mengundang McCain dan Obama untuk sama-sama menghuraikan krisis itu.

Rumah Putih menyatakan Presiden Bush mengundang Encik Obama menerusi panggilan peribadi 90 minit sebelum ucapannya.

Obama telah bekerja sepanjang minggu dengan Setiausaha Kewangan Amerika, Henry Paulson, dan Pengerusi Lembaga Simpanan Federal, Ben Bernanke, untuk mencari huraian bagi krisis kewangan terburuk yang berlaku sejak 1929.

Krisis itu menyebabkan Lehman Brothers runtuh, Merrill Lynch dibeli Bank of America dan American International Group (AIG) mendapat bantuan Lembaga Simpanan Federal Amerika.

Tinjauan menunjukkan bahawa warga Amerika amat marah dengan Wall Street dan berbelah bagi mengenai huraian bagi krisis itu.

Mereka mempersoalkan di mana Amerika akan mendapat duit membiayai pakej AS$700 bilion yang begitu besar itu.

Menjelaskan, Bush berkata:

'Saya mempunyai satu pilihan untuk masuk campur dengan tindakan pemerintah atau tidak berbuat apa-apa dan membenarkan keselamatan kewangan ini tergugat.'

Instaforex

Willcare Forex

FOREX ANALYSIS, FORECAST & SIGNAL