Saya percaya dalam bulan ini hingga bulan depan faktor fundamental akan banyak memainkan peranan dalam halatuju pasaran dunia. Dengan krisis kewangan yang dialami oleh institusi kewangan di US yang kian meruncing memaksa Bush membuat usul ke kongres bahawa perlunya bantuan kecemasan sebanyak $700 billion bagi menyelamatkan syarikat dan institusi kewangan mereka. Jika tidak ekonomi mereka akan memasuki fasa yang dikatakan akan mengundang banyak masalah kemelut ekonomi , pengangguran dan lain-lain.
Para ahli kongres sendiri di antara parti Republikan dan Democrat mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini. Pihak Democrat risau bahawa kerajaan akan terus terlibat pada permasalahan syarikat-syarikat yang dibantu dalam krisis kredit mereka. Manakala pihak Republik pula mengatakan bahawa sekiranya program ini dipersetujui institusi-institusi tersebut harus menghadkan bayaran untuk para eksekutifnya dan cuba menyelesaikan masalah kredit tertunggak perumahaan warga US tersebut.
Tetapi hasil dari perdebatan perdana diantara kedua calon presiden antara Barrack Obama dan John Mc Cain kemarin yang diadakan di Oxford, Mississippi hampir 60 juta orang melihatnya secara live hasil tinjauan mendapati kedua calon dari kedua parti kongres tersebut seakan memberikan lampu hijau bahawa perlunya usaha penyelamatan suntikkan $700 billion tersebut dan hehehe keduanya akur bahawa siapapun yang terpilih nanti pastinya akan menanggung beban hutang yang banyak ....!!!
Sementara itu saya juga melihat masalah Fortis NV iaitu salah satu syarikat kewangan yang terbesar di eropah dikabarkan juga mengalami masalah kecairan. Saham syarikat tersebut dikatakan telah turun 21% kerana ramai investor panic dan cemas bahawa Fortis juga mengalami masalah kecairan dan kredit. Hari Jumaat saya melihat bahawa saham syarikat ini jatuh ke 5.18 euro(US 7.56) yang mana merupakan harga/level terendah pernah dicatatkan.
Kesimpulanya di sini saya tidak sabar menyaksikan dan menunggu apakah langkah penyelamatan($700 billion duit pembayar cukai di US) yang diambil oleh kongres tersebut boleh menyelesaikan masalah yg di hadapi hampir semua instittusi kewangan perbankan, insurans dan lain, ataupun kesan ini membawa kepada fasa permasalahan yang lain. Tetapi apapun juga semuanya ini saya pasti memberikan impak dan kesan secara langsung kepada pasaran asian dan dunia khususnya dan mempengaruhi secara langsung halatuju perdagangan mata wang(forex).
Dari meja willcare....
Willcareforex-Senangnyaforex.com