Instaforex
Instaforex

Fundamental News

SYARIKAT insurans terbesar Amerika, American International Group (AIG), terselamat daripada jatuh muflis apabila Lembaga Simpanan Federal Amerika Syarikat (Fed) memberikan pinjaman bernilai AS$85 bilion ($121.6 bilion).Sebagai ganti, lembaga itu akan mendapat perkongsian ekuiti hampir 80 peratus di dalam AIG, menurut kenyataan Fed.AIG dalam kenyataannya semalam berkata pinjaman bagi tempoh dua tahun itu akan memberikan AIG masa untuk menjual asetnya. Pakej itu menyelamatkan AIG daripada menghadapi nasib serupa seperti bank pelaburan keempat terbesar Amerika, Lehman Brothers Holdings Inc, yang muflis kerana pihak berkuasa Amerika enggan menyelamatkan bank tersebut.Semalam, bank Britain, Barclays Plc, bersetuju membeli beberapa unit di dalam Lehman.

Setiausaha Kewangan Amerika, Encik Henry Paulson dan Pengerusi Lembaga Simpanan Federal, Encik Ben Bernanke, memutuskan langkah menyelamatkan AIG itu penting untuk menghalang 'bencana' berlaku dalam pasaran kewangan setelah rancangan mendapatkan firma swasta membiayai AIG gagal.Dalam keadaan ketika ini, kegagalan AIG akan menambah kerapuhan dalam pasaran kewangan, meningkatkan kos pinjaman, mengurangkan harta keluarga dan menjadikan prestasi ekonomi lebih lemah,' menurut kenyataan Fed.Kakitangan kanan Fed memberitahu Reuters, AIG mempunyai perniagaan dan produk runcit lebih luas, lantas menyelamatkan syarikat itu amat perlu berbanding Lehm

Dalam kenyataannya kepada akhbar, AIG berkata perniagaannya termasuk 'operasi yang besar di Asia, akan terus beroperasi secara normal dan masih mempunyai modal yang mencukupi. Ia juga mampu memenuhi kepentingan para pemilik polisinya.'AIG menambah, ia akan terus mendapatkan alternatif lain bagi meningkatkan mudah tunai (liquidity) jangka pendek dalam syarikat itu.Namun, berita itu gagal mendorong kenaikan berkekalan di pasaran saham Asia.

'Terdapat lebih 100 bank lebih kecil di Amerika yang tersenarai dalam senarai yang diteliti Lembaga Simpanan Federal Amerika kerana pendedahan terhadap subprima. Krisis ini belum lagi berlalu walaupun kita mungkin tidak akan lagi melihat nama bank-bank besar yang bermasalah.AIG menghadapi kerugian AS$18 bilion bagi tiga suku tahunan kerana pendedahan dalam sekuriti pinjaman perumahan yang menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan di Amerika.


Willcare Forex - Senangnyaforex.com



Instaforex

Willcare Forex

FOREX ANALYSIS, FORECAST & SIGNAL