Instaforex
Instaforex

Info Yang Perlu Anda Ketahui

Tahukah anda Kenapa warga US dan Ahli Kongres Sangat Marah Apabila Mereka terpaksa menyelamatkan dan mengeluarkan belanja yang mahal dari hasil duit pembayar cukai demi menyelamatkan institusi kewangan, perbankan, insurans dan syarikat lain yang tenat ini di US.

Executive di wall street masih menerima bayaran, intensif serta bonus yang sangat lumayan. Pada masa yang sama banyak syraikat yang didagangkan di wall street bankruptcy, sedangkan duit pembayar cukai $700 billion (rakyat) yang digunakan untuk plan penyelamatan tersebut.So tidak adil bukan..hehehe. Alangkah baiknya duit yang sebegini banyak dibelanjakan untuk program kesihatan dan lain-lain.

Yang lebih menyakitkan hati ok saya dedahkan.. Richard Fuld CEO Lehman Brothers kita tahupun company ini sudah diistiharkan bankruptcy tetapi yang menariknya CEO ini menikmati dan menerima bayaran intensif dan bonus sebanyak $71.9 juta sejak 2007 menurut majalah forbes.

Sementara Martin Sullivan, chief executive AIG. AIG syarikat insurance yang baru saja diselamatkan oleh FED menerima bayaran bonus serta intensif US$ 14 juta menurut kajian USA Today dan orang ini baru saja berhenti bila menerima bayaran pakej bernilai US$ 47 juta .

Executive Fannie Mae dan Freddie Mac, Daniel Mudd dan Richard Syron yang memang tidak mendapatkan bayaran US$ 12,59 juta. Namun mereka tetap mendapatkan keuntungan dari pencen bernilai US$ 9,43 juta.

Faktor-faktor di atas disebabkan oleh kegagalan management syarikat-syarikat mereka Lehman brothers, AIG, merill dan banyak lagi institusi kewangan dan perbankan di US yang telah hancur ini yang mana boleh menyebabkan ramai orang menjadi penggangur dianggarkan 3 juta sekiranya langkah plan penyelamatan $700 billion tidak diambil tetapi pada masa yang sama golongan eksekutif mereka dan orang di wall street menerima habuan dan ganjaran yang besar. So tidak adil bukan dan yang menderita di sini ialah warga US itu sendiri iaitu pembayar cukai. Faktor-faktor inilah yang menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati warga di US sekarang.

Macam-macam dunia ini..so apa-apapun keputusan mengenai plan ini akan dikeluarkan pada tengahari ini so kita lihat kesan dan impak yang besar hasil dari keputusan yang dibuat tersebut keatas pasaran matawang dan saham asian dan dunia.

Willcareforex-senangnyaforex.com

Instaforex

Willcare Forex

FOREX ANALYSIS, FORECAST & SIGNAL