Instaforex
Instaforex

AKHIRNYA..!!

Akhirnya segala apa yang saya inginkan selama ini boleh terhasil akhirnya dengan kehadiran blog ini. Walaupun sebelum ini telah ada forum sendiri tetapi rasa tidak betah dan sering terganggu dengan segala macam kemelut yang akhirnya membuatkan saya berhenti sejenak dan berfikir, Apakah yang senang aku lakukan. Support yang saya janjikan begitu menghantui kemana saja saya pergi sedangkan tekanan bertambah hebat. Sering hadir difikiran ini apakah saya perlu meninggalkan mereka semua (student saya) hanya kerana tindakan segelindir manusia yang tidak menyenangi saya. Sehingga mereka yang masih mahu belajar ini masih perlu dibimbing, di support dan dibantu harus menerima tempias ini.

jadi dengan kehadiran blog ini seperti reunion dan comeback buat saya dan berharap sungguh student saya boleh memanfaatkan sebaiknya info dan maklumat yang ada di blog ini.Boleh menjadi rujukkan dan panduan bagi mengenal pasti trend, halatuju trend, reversal, entry dan exit dan macam-macam lagi.

saya akan selalu updatekan blog ini dari masa ke semasa dan akan jadikan rutin dan kehidupan saya bagi menjadikan blog ini satu sumber ilmu bagi semua.

Anda juga boleh menghantar analisis, pandangan, komen dan saranan kepada saya yang boleh juga saya muatkan ke dalam blog kita ini dan diharap kesemuanya ini boleh menambahbaik segala input dan sumber yang boleh kita kongsi bersama.

Akhir sekali maafkan saya kerana meninggalkan anda seketika dan selepas ini kita akan mulakan sesuatu hari yang baru, lembaran yang baru dan semoga hari-hari anda selepas ini akan dilimpahi dengan pips-pips yang menghijau.


sekian dan salam kasih

WillCare

Still Care, Guide and always Support...


Dari Meja Willcare...
Instaforex

Willcare Forex

FOREX ANALYSIS, FORECAST & SIGNAL