Instaforex
Instaforex

Fundamental News

ok selain Teknikal analisa(TA), Bila nak main forex ini kena ambil tahu juga pasal Fundamental news kerana kesan dari Tindakan/News ini mempengaruhi kejatuhan dan kenaikan matawang.

Kesan dari langkah menyuntik modal yang diambil FED dan tindakan bank pusat utama dunia seperti BOJ, BOE dll telah memberi impak yang besar kepada kenaikan matawang/saham dan etc.

HARGA saham sejagat termasuk Asia menjulang semalam didorong rancangan pemerintah Amerika menyelamatkan krisis kewangan terburuk dihadapi dunia sejak beberapa dekad lalu.
Sentimen menjulang setelah Setiausaha Kewangan Amerika,Henry Paulson, menimbangkan membentuk sebuah syarikat khas bagi mengambil alih pinjaman lapuk daripada penyata imbangan institusi-institusi kewangan bermasalah.
Mengetuai kenaikan di Asia ialah harga pasaran saham di Hongkong dan Shanghai yang menjulang sebanyak 9.6 peratus dan 9.5 peratus.
Di Singapura, Indeks Straits Times (STI) meningkat 5.8 peratus, yang merupakan peningkatan sehari terbesar sejak Ogos tahun lalu. Ia juga menghapuskan kerugian dialami STI sepanjang minggu lalu.
STI naik 139.86 mata kepada 2,559.07, dengan 2.13 bilion saham bernilai $2.71 bilion bertukar tangan.
Indeks Nikkei di Jepun naik 3.76 peratus, manakala harga pasaran saham di Malaysia naik 3.4 peratus.
Prestasi saham di Asia mengikuti jejak harga Indeks Dow Jones di Wall Street yang meningkat sebanyak 3.86 peratus - kenaikan peratusan terbesar sejak Oktober 2002.
Wall Street mengalami krisis terburuknya minggu lalu bermula kejatuhan bank pelaburan keempat terbesar Amerika, Lehman Brothers, yang jatuh bankrap, pembelian Merrill Lynch oleh Bank of America (BOA) dan kegagalan syarikat insurans terbesar Amerika, American International Group (AIG), yang dapat diselamatkan oleh Lembaga Simpanan Federal Amerika (Fed).
Mudah tunai yang mencukupi dibekalkan dengan langkah bank-bank pusat utama dunia termasuk Fed dan Bank Jepun (BOJ) menyuntik dana AS$180 bilion ($257 bilion) dalam pasaran kewangan.


Willcare Forex - Senangnyaforex.com
Instaforex

Willcare Forex

FOREX ANALYSIS, FORECAST & SIGNAL