Instaforex
Instaforex

Private Forum

Berita baik kepada yg telah mengikuti seminar/Kursus saya baru-baru ini dan kepada ex-student saya yang telah mengikuti refreshment .

Private Forum kita telah siap ......Mulai dari minggu depan saya akan memulakan karya saya disana. Apa yang saya perlukan anda reply email yg telah saya hantar. Hantar id anda dan jangan lupa attachkan nanti pic pada profile anda supaya mudah saya mengenali anda. Saya harap rumah baru itu nantinya menjadi sumber ilmu dan tempat dimana kita boleh belajar bersama. Saya sendiri akan tumpukan usaha saya demi membantu anda. Kita akan gali dan belajar bersama dan saya harap semua ambil bahagian. Anda boleh post dan tanya saya yang berkaitan dengan mana-mana pair. Tetapi sukalah saya memberitahu kita akan fokuskan kepada empat pair iaitu GBJ/JPY, GBP/USD, EUR/USD, dan USD/JPY.

Saya harap kita gunakan forum ini sebagai platform dan landasan dimana kita boleh belajar dan berjaya bersama. Mulai dari detik ini kejayaan anda adalah kejayaan saya dan kejayaan saya juga adalah kejayaan bersama.

Akhir kata ...selamat datang ke rumah baru kita(private forum) dan selamat berkarya dan belajar.

Kepada ex-student saya efs v1......anda masih saya alu-alukan menyertai saya sekiranya dihati anda ingin belajar. Bilamana anda join refreshement tersebut anda secara automatik akan masuk ke dalam private forum ini. Kita sudah melangkah ke fasa baru.............!

.............untuk sebarang pertanyaan mengenai forum ini anda boleh hubungi saya terus atau email saya.

Private Forum itu adalah rumah saya, rumah anda juga , amanah saya dan amanah kita bersama. Jagalah amanah ini dan rumah kita dengan baik semoga bersama kita di rumah itu memperolehi berkat bersama. Buang prasangka buruk dari minda kita dan emosi kita. Melangkah masuk ke rumah ini nantinya akan memberikan kita sinar baru, harapan baru dan kejayaan buat kita semua.

dari meja

WiLLCare

iCare, iGuide and iSupport
Instaforex

Willcare Forex

FOREX ANALYSIS, FORECAST & SIGNAL