Instaforex
Instaforex

Next Week Analysis

Next Week Analysis

Saya percaya bro2 semua telah mengakhiri minggu ini dengan profitable setelah melalui sebulan trading. So bagaimana dengan accout bro semua …….grow, menyusut atau blow. Bagi yang profit saya ucapkan congrat bagi yang kurang bernasib baik cuba lagi, terima kekalahan tersebut sebagai satu cabaran. Kaji semula dan selidiki balik maybe ada yang tak kena dengan system trading tersebut. Mungkinkah bro melanggar system anda…mungkin juga tak control emosi ..tak ada discipline dalam bertrading ..terlebih MM sehingga float. Atau sebab2 yang mungkin bro tak sedari. Jangan pernah putus asa bro, cuba lagi jadikan kegagalan itu pengalaman dan belajar dari kegagalan tersebut. Ingat satu hal pengalaman dan kegagalan itu adalah guru yg paling baik. .

Ok back to the point…kemanakah GJ minggu depan. Inilah satu pertanyaan yang sering bermain difikiran saya setiap minggu terutama bila hari sabtu dan minggu. Ok mari kita kaji dan analisa bersama-sama. Dan jadikan perbandingan dengan analisa masing-masing .

TF 4H


Perhatikan tf 4H saya telah melukis beberapa TL di situ. Dan kita dapat melihat drp TL tersebut GJ bergerak ke atas(UT). Beberapa kali kita lihat semalam GJ cuba melepasi area 226.16/10 tersebut tapi tidak berjaya. TL biru dan hijau tersebut dan ema 50(merah) bertindak sebagai penghadang atau good support di area tersebut. Tidak lepas di area tersebuat area terus mencanak naik hingga market close semalam high ialah pada 227.04. Line merah kat area 227.10/16 tersebut juga adalah strong resistance yang kuat bagi GJ. Kalau seperti dalam post saya sebelum ini (sila rujuk balik) paling tinggi sekiranya GJ boleh naik ialah pada area 227.38. Ini adalah kerana melihat faktor overbought yang terjadi hampir di semua tf dan dan adanya bearish divergence di tf1H ..adalah tanda awal bahawa reversal akan terjadi. Kalau melihat drp chart tf 4H ini kita dapat mengetahui bahawa daripada last bearish 229.33 (30/11/2007) ke low 223.68 (05/12/2007) kita dah completed retrace ke 50% fibo 226.51 dan dekat ke 61.8% fibo 227.18. Saya berpendapat….dengan kehadiran harmonic pattern(sila rujuk post sebelum ini) yang dah completed kita hanya menunggu sign for reversal saja kerana bila –bila masa GJ akan drob. Dan biasalah tempat pertama sekali yang GJ akan pergi ialah area 50% fibo 225.45. Dan sekiranya priced break TL kuning tersebut saya akan target 224.52. dan low 223.70.

TF DAILY

Ok mari kita lihat Apa yang ada pada tf daily nih .Mungkin kita akan dapat gambaran jelas mengenai arah sebenar direction GJ ini minggu depan. Saya ada attach beberapa indi pada tf daily tersebut..5 sma close (merah), 5 sma high(biru), 50 ema (hitam) dan 100 sma (kuning). Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa ada dua 5 sma tersebut dan apa gunanya . Ok saya mendapati 5 sma (close) sangat sesuai untuk dijadikan entry pada setiap time frame. Saya selalu merujuk entry open post di tf 15 M dengan mengunakan 5 sma(close). Begitu juga bila berlakunya retracement kecil saya akan merujuk pada 5 sma (closed ) untuk tambah or add post lagi. Manakala 5 sma (high atau low) high sekiranya uptrend dan low bila downtrend saya jadikan ukuran bagi retracement yang besar seperti …sering saya rujuk sebagai retracement due to 5 sma tf1H atau 5sma tf 4H atau 5 sma tf Daily. Berbalik kepada chart tf daily tersebut dengan jelas kita akan mengetahu bahawa Main Trend tf Daily ini masih lagi DT ini kerana saya merujuk kepada 20 ema dan 40 ema.Price masih lagi berada di bawah 2 ema tersebut…ini menandakan dengan jelas bahawa trend kita ..major trend masih lagi downtrend. Dan saya merujuk uptrend ini ke high 227.04 adalah retracement ke 5 sma (high). Itulah saya mengatakan bahawa kalau GJ ini naik pun paling tinggi ke area 227.38(5 sma high) dan selepas itu drob balik.Dan di sinilah pula gunanya 5 sma close tersebut yang akan saya jadikan ukuran bagi menambah post bila price open di bawah 5 sma close tersebut. Price should continue down bila-bila masa saja next week . Kalaupun priced naik next week kita masih perlu a good retracement memandangkan semua tf berkeadaan overbought. Saya juga melukis fibo line di situ jelas kita akan dapat lihat bahawa drp last bearish kita pada 241.35 ke low 221.30(perjalanan lebih 2000 pip) price baru saja retrace ke 38.2% fibo lepas itu price drob 223.64. Saya percaya price tetap akan pergi ke area 50% fibo 231.32 selepas retracement di tf 4H.

TF WEEKLY


Jika ada yang tertanya-tanya kenapa selama sebulan ini trend downtrend inilah jawapannya kerana head & shoulder yang terdapat di tf weekly.Kenapa selama ini priced belum lagi retrace ke 50% fibo setelah beribu-ribu pip jatuh drp 241.35.Kerana H&S inilah.Melalui pemerhatian saya tentang head and shoulder ini selalunya retracement tidak terjadi sekiranya H&S belum completed. Baik di tf 1H..tf 4H dan daily. Candle bullish engulfing di tf weekly dengan jelas merupakan satu sign atau signal yang jelas bahawa trend akan bertukar daripada downtrend kepada uptrend. Ingin saya jelaskan disini mengenai candle bullish atau bearish engulfing ini Sekiranya berada di top atau bottom impactnya sangatlah besar apa lagi terjadi di tf besar seperti tf weekly. Sedangkan sekiranya candle ini terdapat di top atau bottom tf 4 H saja price boleh pergi sejauh 300-400 pip apalagi kalau di tf weekly …800-1000 pip bro .Ini yang saya pikirkan bro kerana melihat drp tf daily saja di atas kita akan retrace dulu ke area 224 then naik balik ke area 50% atau 61.8% fibo (231.32-233.69). Kenapa price akan turun dulu setelah adanya bullish engulfing ini……….melalui pemerhatian saya mengenai candlestick ini biasanya selepas kehadiran bullish engulfing ini candle kedua selepas itu akan bearish the next candle itu tersebut akan bullish inilah yang akan membawa kita ke area 231-233 tersebut.

TF MONTLY

Dengan Jelas kita lihat bahawa price bergerak dalam trendline tersebut .Dengan jelas juga kita mendapati bahawa trend akan bertukar drp downtrend kepada uptrend mengikut TL tersebut .

UJ TF DAILY

Kita tahu bahawa GJ=UJ X GU so apa terjadi apa uj akan effect kepada GU dan GJ .Nih bonus bagi menguatkan prediction saya bahawa trend akan bertukar drp downtrend kepada uptrend dengan wujudnya H&S di daily TF .Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa semalam trend GJ mencanak naik ialah kerana untuk melengkapkan bullish yang terdapat pada H&S pada UJ. Sehingga completed harmonic pattern yang dah completed di tf 1 H terpaksa hold untuk retracement kerana H&S ini..

Sorry ok bagi bro2 yang kurang faham benda-benda teknikal ini kerana analisis ini saya buat berdasarkan pemahaman saya mengenai pair ini.

Seperti biasa sering saya katakan tingkatkan usaha, banyakkan berlatih trial and error, banyakkan kajian dan pemahaman saya percaya satu hari nanti lose atau pip merah tersebut tidak akan pernah dan pernah menjadi milik anda..

Dari Meja

WillCare

iCare…iGuide & iSupport

Instaforex

Willcare Forex

FOREX ANALYSIS, FORECAST & SIGNAL