Instaforex
Instaforex

Mari Kenal Saya, Willcare

Saya merupakan Fulltime Forex Trader, sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang comel dan disayangi. Saya adalah anak jati Sabah yang mempunyai cita-cita yang tinggi, sejak dari kecil Parent saya mengajar saya dalam mencari kebahagian dunia (wang ) tetapi syaratnya , jangan melupakan agama , kerana dari agamalah manusia berkasih dan sayang dan tidak saling membenci antara satu sama lain. Terus-terang saya berasal dari keluarga miskin, dan ini membuatkan saya bersemangat dalam membina hidup saya sendiri..!!

Saya bekerja dan berpendapatan tinggi kerana rezeki saya bekerja di Syarikat yang besar, dimana saya tidak ingin sebutkan nama di sini untuk mengelakkan manipulasi negative dari sesetengah pihak dan mengelakkan timbulnya salah faham yang boleh menyebabkan kesan yang tidak baik.

Setelah belasan tahun berlalu, saya mula berniaga sendiri dan berjaya menjalankan perniagaan IT dengan jayanya, bersyukur kepada Tuhan!! Bidang Forex saya ceburi secara tidak langsung dalam 5 tahun lalu, dan dalam 3 tahun pertama saya mencuba sebagai bersahaja, dan tidak menyangka saya dapat meraih profit yang banyak setelah gagal dalam 2 tahun pertama. Terus-terang saya trade menggunakan Demo dan bukan akaun real pada awalnya,namun saya menganggapnya serius.

Pengetahuan saya bertambah setiap kali saya gagal, dan saya belajar sendiri dari Internet sepenuhnya dari forum-forum International. Lama-kelamaan saya telah develop teknik dan kefahaman konsep setelah beberapa tahun berkecimpung secara serius dalam forex. Masa dan tenaga saya terbalas akhirnya setelah saya menguasai Forex dan menjana pendapatan lumayan dan berterusan.

Pada awal pembabitan saya, saya telah memberi banyak analisis dan kefahaman saya di forum-forum tempatan, pada awalnya semua seronok membaca dan terus menunggu signal dari saya. Lama kelamaan saya membuka kelas forex Easy Forex System Willcare. Bayaran itu adalah untuk menghargai ilmu yang telah saya ada hasil dari beberapa tahun pembelajaran saya, dan secara tidak langsung, student akan menghargai ilmu yang diperoleh dengan berbayar. Banyak ilmu berguna di Internet dan Forum-forum antarabangsa, tetapi kenapa ramai yang masih tidak faham dan terus membuat kesilapan demi kesilapan sehingga habis duit. Saya menimba ilmu dari Internet, apa yang saya kongsikan pada student saya ialah pengalaman dan konsep yang saya pegang dan akan terus pegang kerana konsep ini adalah kunci kekayaan Forex.



Anda boleh kenal saya sebagai Willcare, dan panggillah saya dengan nama Willcare, kerana saya akan mengambil berat apabila anda telah menjadi student saya. Saya akan terus memberi segala apa yang ada pada saya kepada anda. Saya telah melancarkan, senangnyaforex.com pada awal 2008, dan membuat marketing melalui web tersebut. Ramai yang telah mengambil peluang ini, namun ada segelintir yang tidak berpuashati. Sedar atau tidak, rupanya apa yang saya anggap mudah dengan menggunakan satu indicator , tidak difahami oleh mereka. Dalam ingatan masih lagi ada sistem-sistem lama yang telah dipelajari sendiri atau melalui kelas forex yang lain. Akhirnya saya menemui punca, mereka ini tidak faham konsep asas forex.

Saya telah mengajar konsep asas forex dengan contoh menggunakan 1 indicator, dan ramai telah mendapat profit dengan konsep EFS ini dan mengucapkan terima kasih. Tetapi setelah beberapa lama, segelintir tidak membuat profit dan mula menyalahkan sistem. Setelah saya teliti dengan face to face, saya melihat sudah ada student saya ini menambah pelbagai indicator yang mereka sendiri tidak biasa, dan ini menimbulkan konflik dalam membuat keputusan. Dan Ironinya, ramai juga yang membuat profit pada masa yang sama, tetapi jelas yang membuat profit ialah orang yang selalu bertanya dan berjumpa saya selalu. Saya memberikan support face to face pada awalnya tanpa sebarang bayaran, dan rupanya yang datang berjumpa saya itu amat sedikit bilangannya. Akhirnya, ramai student saya ambil hati .. Justeru itu saya mengambil inisiatif support melalui online kaedah blog. Dan boleh lihat prediction setiap hari yang saya postkan.

Ramai yang berjaya dengan Easy Forex System pada awalnya, namun setelah beberapa lama ada juga yang pada awalnya profit dan menjadi loss semula. Dan sekali lagi saya dapat lihat mereka ini sudah lupa konsep asas. Namun saya tidak jemu-jemu dan sangat mengalukan student saya bertanya dan terus bertanya saya sehingga menemui jalan penyelesaian masalah mereka.

Sekarang student saya berjumlah 220 orang, ramai telah terbuka minda mereka dan membuat pelbagai teknik yang ditemui sendiri, dan semuanya bermula dari KONSEP ASAS FOREX EFS secara sedar atau tidak. Anda lebih jelas bila bersama saya, Willcare dan semakin jelas bila mempraktikkan ilmu yang diajar.



Jika anda berminat untuk belajar dengan saya, saya bersedia untuk mengajar , silibus yang diajar oleh saya ialah konsep dan kefahaman saya dalam trading forex. Ilmu yang saya ada boleh diperoleh dari Internet, tetapi kefahaman yang saya ada, anda mungkin perlu melalui proses yang memakan masa yang lama, saya boleh membimbing anda mempercepatkan proses pembelajaran anda kerana saya berkebolehan membimbing dengan cara saya. Ada pedang, tetapi tidak tahu cara guna sudah tentu akan tertikam diri sendiri..!!


Ikhlas,
Willcare
willcarefx@gmail.com
Instaforex

Willcare Forex

FOREX ANALYSIS, FORECAST & SIGNAL