SEJENAK BERSAMA WILLCARE
Fear And Greed In Trading….
@Ketakutan dan Ketamakkan !!
Melalui kajian dan pemerhatian saya tentang forex market. Saya mendapati bahawa market ini dikuasai, dimonopoli dan dikendalikan oleh katakutan dan ketamakan manusia. Siapa saja yang melakukan trading lebih dari 2 position mesti pernah merasai emosi/perasaan tersebut.(Fear & Greed)
Trader yang termasuk dalam golongan 10% yang Berjaya diforex berpengalaman dalam mengawal dan mengendalikan masalah emosi. Perbezaaan antara trader yang Berjaya dengan trader yang gagal adalah dari bagaimana cara mereka menghadapi emosi tersebut.
Mari kita lihat bagaimana emosi ini mempengaruhi antara seorang trader yang Berjaya dengan trader yang gagal !!
1: Tiga trade sebelum ini mengalami kegagalan/loss
Trader yang gagal sentiasa hati-hati bila mahu ambil entry di market dan selalu berada dalam ketakutan, dan takut-takut sekiranya open tradenya kali ini akan gagal lagi. Sebenarnya keadaan ini hanya membuang masa hanya untuk memastikan bahwa dia berada dalam situasi yang betul. Sehingga akhirnya ia akan ketinggalan entry level yang baik tersebut. Akhirnya mereka akan mencari-cari factor lain, yang belum dipikirkan, dan akhirnya mendapatkan alasan untuk tidak entry market. Kesimpulannya dia akan selalu dihantui dan dikuasai oleh rasa takut akan mengalami kegagalan lagi.
Trader yang Berjaya akan mencuba strategi mereka dan tahu akan wujudnya kemungkinan loss dari penggunaan strategi tersebut. Mereka akan selalu mengukur level kejayaan dengan menggunakan sistem tersebut. Dalam situasi menang ataupun kalah.
2: Seminit setelah entry market, market price bergerak melawan Arah Entry
Trader gagal ini akan cepat merasa takut dan gelabah. Takut dia telah melakukan kesalahan lagi. Mereka akan menunggu dan berharap bahawa market akan cepat berbalik arah menuju kearah yang dia inginkan. Rasa takut akan melakukan kesilapan lagi telah berjaya mengawal dan menguasai fikirannya dan kebijaksanaan trading mereka, mereka juga akan mengubah entry/level Stop Loss mereka jauh dari Open Position dengan tujuan supaya Stop Loss tersebut tidak disentuh oleh market price. Dan akhirnya bila floating dia akan jadi penahan floating hingga beratus-ratus pip merah sehingga akhirnya mendapat panggilan dari MISS/CIK “MARGIN” atau” MARGINAH” ini
Trader yang berjaya, tahu setiap risiko yang dia ambil bila entry market.Tahu bahawa setiap kali entry market, peratus untuk berjaya dan risiko yang perlu diterima bila entry levelnya menyentuh stop loss.. Stop Loss yang sudah diset akan berada pada titik point tersebut dan tidak akan diubah. Stop yang digunakan memberi penanda atau panduan di mana ia akan keluar dari market, bukan sebagai panduan bahawa dia takut dia akan gagal dalam trading.
3. Bila masuk ke market, tiba-tiba market bergerak dengan cepat menuju arah yang diinginkan (arah profit).
Trader yang gagal akan cepat membayangkan untuk membeli itu dan ini, berimpian, dan berangan-angan. Kemudian dia akan mengubah target(TP) jauh sikit dan mengambil keputusan untuk membiarkan market terus berjalan dan berharap price akan menyentuh TP yang telah diubah tersebut. Ketamakkan telah membutakan dirinya. Padahal market jarang bergerak ke satu arah untuk waktu yang lama dan bila market berbalik arah, ketamakkan itu tadi berubah menjadi ketakutan, hingga akhirnya impian-impian yang tadi akan hilang sedikit demi sedikit.
Trader yang Berjaya akan memasang target(TP), dan sekiranya TP tersebut telah disentuh dia akan merasa bahawa target hari itu telah dicapai.Kerana dia punya target.Bijak mengawal keadaan dan tahu situasi market yang tidak tetap dan boleh berubah dalam sekelip mata.
Ketakutan dan ketamakkan adalah emosi manusiawi. Kedua perasaan ini telah ada dan wujud dalam diri setiap manusia. Cuma yang memisahkan antara seorang trader yang Berjaya dengan seorang trader yang gagal ialah cara pengawalan emosi tersebut.
HANYA 10% YANG PROFIT
Siapakah yang tergolong dalam 10% ini ? Mereka adalah bank-bank pusat suatu negara, Syarikat Multikorporat seperti bank, broker , Spekulator dan Investor Elite. Kalau kita dapat mengetahui minda dan tindakan golongan(BIG BOY) ini maka kitapun boleh berada di dalam golongan 10% ini. Sebenarnya kita tidak perlu jadi terlalu pandai untuk memperolehi profit , "just follow the leader" ITUPUN SUDAH CUKUP..!!
Ada syarikat atau individu tertentu yang mempunyai networking(cable) dengan golongan 10% tersebut diatas. Di Negara kita juga tidak terkecuali sehingga mereka berani memberikan fix rate antara 7% -15% setiap bulan. Mereka yakin dan berani memberikannya karena mereka selalu mendapat information tindakan golongan 10 % bila “big boy” ini masuk forex market. Kemudian mendapat keuntungan atas angin dengan reaksi market atau perubahan rate currency .
Bagaimana pula dengan anda yang trading secara individu dan sendiri-sendiri .. ( Ataupun dengan bro-bro di CARIGOLD, NOGOLD, dan chatroom Marketiva) Apakah anda boleh berada atau setidak-tidaknya mendekati golongan 10% ini? Entahlah. Kelompok 10% ini adalah kelompok yang boleh memperolehi keuntungan secara stabil. Yang 90% sebagian kecil profit pada permulaannya saja, sebagian besar pula selalu LOSS!
Bro WILLCARE ingin bertanya Anda masuk ke level mana??? 10% yang profit itu ke ?? atau anda termasuk dalam level 90% itu, tetapi sekiranya anda boleh mendapatkan pips yang stabil antara 100-300pips setiap hari atau 2000-6000 pips setiap bulan. Anda sebenarnya telah masuk ke level 10% itu.
Apa kesanya 100-300 pips setiap hari ? Apabila anda trading dengan menggunakan 10% dari modal dengan 100-300 pips itu anda boleh mendapat profit 30-50% setiap bulan!
Mengikuti Kelas demi kelas , Membeli ebook dan macam-macam ebook, dan entah berapa banyak duit telah anda habiskan dan laburkan tapi tetap saja loss dalam bertrading. Sehingga anda mendapati bahawa duit yang telah anda habiskan atau laburkan itu demi mendapatkan ilmu dalam bertrading bukan sebagai pelaburan jangka panjang dimana penghujungnya akan berakhir dengan profit..tetapi istilah itu bertukar daripada “melabur” ke “melebur”.
Loss demi loss bermula dari sekecil $50, $100 kemudian bertambah ke $500 hingga $1000 malah ada yang lose lebih dari itu, dan jumlah kerugian tersebut tidak termasuk dengan jumlah atau kos yang anda habiskan mengikuti kelas itu dan ini dan membeli ebook, signal dan sebagainya. Profit atau “easy money “ yang anda pikirkan sebelumnya begitu mudah diperolehi melalui forex rupanya tambah menambah derita hidup anda. Forex yang diura-urakan begitu mudah ditakluki rupanya mimpi ngeri yang menambah hidup saudara bertambah parah. Kekalahan demi kekalahan tersebut membuat saudara terjerumus ke dalam kemelut masalah ekonomi. Impian mengunung yang selama ini diidamkan rupaya hanya mimpi semata.
Puas sudah anda belajar, mengakaji , masuk forum keluar forum tetapi loss itu tetap saja mengekori anda kemana saja anda pergi. Bila anda buy price turun..bila anda close post tersebut dan tukar ke position short price pula naik, dan akhirnya anda close dengan loss. Saya percaya keadaan ini pernah anda lalui atau hadapi.
Keadaan atau situasi ini membuat anda fobia dengan forex, menjadi tidak yakin dalam bertrading, menjadi takut untuk entry,tidak yakin dengan market. Sehingga setiap trade yang anda lakukan berakhir dengan loss dan loss.
Melalui pengamatan dan pemerhatian saya mengenai perkara di atas banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor. Kenapa adanya 90% golongan yang kalah diforex sedangkan hanya 10% sahaja yang keluar sebagai pemenang bila seseorang memasuki dunia forex ini .Fakta mengatakan daripada 100 orang yang memasuki pasaran forex hanya 10 orang sahaja yang akan profit manakala selebihnya pula “pelaburan” itu bertukar menjadi suatu “peleburan”.
Kenapa anda masih kalah dan rugi di forex, dan lose itu selalu mengekori anda dan menjadi milik anda …..sedangkan semua kelas forex yang anda ikuti telah diajar mengenai emosi(dalam bertrading) MM(money management) , SL dan bla..bla..bla.
Tetapi di sini soalannya ialah “kenapa”…dan “kenapa”..atau “WHY” & “WHY”…Tanya diri saudara kenapa anda masih tak boleh buat duit di forex. Sedangkan telah ada orang yang boleh buat duit dari market forex ini. Apa kurangnya mereka dibandingakan dengan anda sendiri….
Luangkan masa anda bersama WillCare……dan saya akan memberikan jawapan dan jalan penyelesaian mengenai system trading anda dengan betul. Saya sendiri yang akan membimbing anda dalam bertrading…….dengan system yang tepat , mudah dan yang paling pentingnya profitable. 30, 50 pip sehari, lupakan !!…saya akan mengajar dan membimbing anda bagaimana untuk mendapatkan 100, 200, malah 300 pip sehari dengan system saya .
Buang prasangka buruk dalam minda dan percaya bahawa willcare adalah jawapan dan penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi selama ini.
Saya percaya selepas anda luangkan masa berjumpa bro willcare anda boleh membuat profit dan loss itu tidak akan pernah lagi menjadi sebahagian daripada hidup anda!!
“PLEASE AND PLEASE SEBELUM ANDA BERCADANG START TRADING DIFOREX, ATAU BERHABIS DUIT DIFOREX DAN SEBELUM LOSS ANDA MENJADI BERTAMBAH BANYAK……….RELAKAN DIRI ANDA BERJUMPA DENGAN BRO WILLCARE………SAYA JAMIN MASA YANG ANDA LUANGKAN BERSAMA SAYA AKAN BERBALOI DENGAN PROFIT YANG AKAN ANDA PEROLEHI SELEPAS ITU”
SAYA TIDAK AKAN MENGAJAR ANDA KERANA ILMU ITU TIDAK PERNAH MENGENAL ADA ISTILAH STOP LOSE ATAU PENGHUJUNGNYA , TETAPI SAYA AKAN MEMBIMBING ANDA, MENOLONG ANDA DAN MEMBENTUK ANDA MENJADI SEORANG YANG AKAN MASUK DALAM GOLONGAN 10% INI.
WillCare…
"Anda tidak akan rugi dan kecewa setelah bersama saya tetapi anda akan bertambah rugi dan kecewa kerana tidak pernah atau lambat mengenal saya.."
iCare….iGuide…& iSupport
EMAIL ME : willcarefx@gmail.com