Instaforex
Instaforex

DIVERGENCE

Secara ringkas menurut pengertian saya dibahagikan kepada dua.........bullish dan bearish divergence. Bullish Divergence ialah keadaan dimana downtrend bertukar menjadi uptrend.......ataupun keadaan di mana current price turun tetapi indi MACD atau RSI menunjukkan kenaikkan dan sebaliknya bagi bearish divergence.

Atau dalam bahasa englishnya ialah..

Bullish divergence occurs when the price of a currency pair makes new lows while the indicator fails to make a new low. Bearish divergence happens when the price makes a new high but the indicator stays lower than the previous high.

Adakah ini false signal ??...........nope !! keadaan situasi ini sebenarnya good sign signal untuk kita mengetahui bahawa keadaan trend akan bertukar.

Bullish Divergence = Downtrend akan bertukar menjadi Uptrend

Bearish Divergence= Uptrend akan bertukar menjadi downtrend

Sila lihat pada chart yang saya attach...!!



Lihat bagaimana divergence menjadi alat atau ukuran dan signal bagi kita mengetahui bahawa keadaan trend akan bertukar........!!
Satu soalan cepu emas..................di sini berapakah jumlah pip atau pip akan naik setelah terjadi Bullish divergence di tf 4..????
Adakah 300 pip..........400 pip ........mungkinkah 500 pip atau 600 pip???

MOVING AVERAGE(MA) &TRENDLINE


ema 20(line hitam) sebagai first target ...then bila price open di atas ema 20 next target kat ema 40 (line biru)..Jumlah pip drp ema 20 ke ema 40 pun dah 140 pip dan bila price(candle) closed dan open di atas ema 40 barulah boleh target lebih........!!

Macam tuh lah caranya ata

OK lihat pada chart yg saya attach di sini......beberapa kali ema 20 dan ema 40 dan Trendline bertindak sebagai good support dan resistance........Saya imbau sekali lagi mungkin ada yang dah lupa MA(moving average) selain boleh di jadikan rujukan kepada support dan resistance juga boleh digunakan sebagai rujukan untuk entry dan target point......begitu juga dengan Trendline..Kadang juga MA atau TL menjadi tempat bounced.....so biasanya seseorang trader yang baik bila mahu menambah post atau target pip lebih biasanya akan melihat situasi bilamana candle mesti closed and open di atas MA atau TL tersebut so barulah kita boleh menjangkakan price boleh pergi lebih jauh!!

Seperti pada chart tersebut mungkin kita boleh meletakkan

u system trading yang simple.........bila nak bermain dengan volatile tinggi macam GJ (gajah) nih kita kena ada cara dan strategy barulah tak kena pijak atau hentam oleh si gajah!!

Dari Meja

Willcare...!!

Bullish harmonic Pattern



Bullish harmonic pattern..

DARI MEJA WILLCARE

Selamat datang ke laman saya, Willcare. Disini saya akan updatekan apa yang ingin saya realisasikan bersama anda dari masa ke masa.

Tak Kenal Maka Tak Cinta………..begitulah juga antara saya dan bro2 semua yang saya kasihi…Bro2 semua boleh panggil saya dengan bro will, atau bro willcare. Saya harap dengan kehadiran laman blog ini dapat dijadikan sebagai sumber informasi forex dari sudut analisa, signal dan panduan kepada mana-mana trader newbies. Disamping itu menambah meriahkan dunia forex tanahair. Dengan harapan signal yang saya keluarkan dari analisa(TA) tersebut dapat dijadikan panduan dan perbandingan dengan analisa-analisa, dan target masing-masing.

Di sini saya hanya akan membincangkan analisa(TA) dan memberi signal untuk pair GBP/JPN sahaja…dan tidak untuk pair-pair yang lain. Kenapa pair GJ??……seperti yang saya katakan tak kenal maka tak cinta, begitu jugalah perasaan saya terhadap cik GJ ini. Saya telah memfokuskan diri untuk cik GJ ini sejak setahun, dan sejak itu saya telah belajar dan memahami setiap ciri-ciri, move, setiap sifat, setiap character yang ada dalam diri cik GJ ini. Setelah mengenal hati budi cik GJ dengan baik, sejak itu saya telah jatuh cinta dengan pair ini atau cik GJ ini dan tidak pernah sekalipun berpaling kepada cik-cik EU, AU atau pair-air yang lain. Saya tak peduli dan tak kisah pair lain naik 1000 pip atau jatuh 10000 pip sekalipun, kerana hati saya tetap dan tak berganjak dari cik GJ..!! (ewah….ewa…ewa!!!).

OK mungkin dah ada trader yang dah mengenali saya sebelum ini kerana saya ada juga membuka thread/jurnal yang sama di Nogold dan Carigold


Money Management(MM)

Sering kali kita terjumpa dengan istilah MM kat mana-mana ebook, atau kelas-kelas forex. Apakah pentingnya MM ini sehingga sering menjadi tajuk-tajuk atau perbincangan yang penting. Naik dan jatuh, lama atau cepat seseorang trader dalam dunia forex banyak dipengaruhi oleh kebijakkan seseorang trader dalam mengunakan dan mengendalikan MM. Perasaan ingin cepat kaya, ingin profit banyak(tamak) menyebabkan hanya 5% sahaja yang berjaya dalam dunia forex ini dan baki 95% yang lain tidak bernasib baik…Jadi sekiranya ingin bertahan lama, ingin termasuk dalam golongan 5 % pemenang ini …..haruslah mempunyai satu skill, atau sistem pengurusan MM yang baik.

Emosi dan Discipline

Faktor pengawalan emosi dan discipline yang baik merupakan faktor yang sangat-sangat penting sekiranya ingin berjaya dalam forex. Tiada sistem yang sempurna(holy grail) dalam dunia ini sekiranya kita tidak discipline dan mengawal emosi dalam menerapkan dan mengikuti sesuatu sistem yang kita percaya. Apalagi untuk bermain dalam pair GBP/JPN ini…faktor pengawalan emosi, discipline tinggi amatlah perlu,kerana pair ini mepunyai volatile yang tinggi(high risk), pergerakkan yang cepat, tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah. Disinilah perlunya pengawalan emosi dan discipline.

Stop Lose(SL)

Trader yang baik atau seseorang trader yang berjaya adalah seseorang yang tidak lupa meletakkan stop lose dalam setiap trade yang ia lakukan. Carilah seseorang yg hebat dalam dunia forex ini, takkan ada seseorang trader yang akan profit dalam setiap trade atau single trade yang dia buat.Itulah pentingnya button stop lose ini. Heran bin ajaib kerana ramai trader yang saya lihat sanggub menahan lose sehingga beratus-ratus pip untuk satu-satu pair malah ada yang top-up duit untuk mengelakkan panggilan dr cik marginah kerana yakin price akan berpihak kepadanya dan akhirnya yang terjadi memakan diri sendiri. Jangan lupa dengan peranan stop lose…….mungkin kita lose 1 atau 2 trade , tapi million trade akan datang. Market ini adalah 24 jam dan 5 hari seminggu, So kalau dah lose, atau SL dah hit tuh stop2 lah, rehat2lah cik abang oii. Jangan paksakan diri mengejar atau mendapatkan balik kerugian tuh, esok-esok masih ada lagi.


Selamat Maju Jaya Dan Happy Trading !!


Dari Meja

WillCare…..

iCare...iGuide..iSupport...!!
Reply With Quote
Instaforex

Willcare Forex

FOREX ANALYSIS, FORECAST & SIGNAL